Wednesday, May 14, 2008

Guru Dan Kewajaran

Salam, dan selamat menyambut Hari GURU 2008 bagi semua lapisan GURU di Malaysia. Syabas cikgu...kerana telah membuktikan kejayaan negara adalah hasil pengorbanan kalian...

Diharap pengumuman HG oleh PM pada tahun ini akan memberi impak kepada guru-guru yang merasakan diri mereka diabaikan atau terbiar tanpa pembelaan, terutamanya guru-guru yang telah lama mengajar dan kemudiannya melanjutkan pelajaran.

Mereka ini bila tamat, tawaran DG41 dengan kadar gaji yang tidak seberapa jika dibandingkan dengan Guru-guru DG 26A yang tidak menyambung belajar dan kemudian dinaikakan ke DG 29A, DG 32, DG 34 mahupun DG38. Bagi guru-guru yang terlepas menikmat kenaikan itu ialah kebanyakannya Guru-guru yang dilantik pada tahun 80andan 90an. Sebaik saja belajar, mereka ini tidak menikmati segala yang kini dinikmati oleh guru-guru ( SPM dan STPM ) yang rata-ratanya menikmat gaji pokok yang sangat lumayan jika dibandingkan dengan kelayakan terkini. Manakala guru-guru DG A26 yang tamat menyambung pelajaran terpingga-pingga melihat bekas anak murid mendapat gaji yang lebih tinggi daripada mereka walaupun hanyalah DG32 atau DG 34,

Yang paling malang ialah dengan penyelarasan gagi pada tahun 2007,yang mana guru-guru ini hanya menikmati kenaikan 10% jika dibandingkan dengan kawan-kawan DGA 29 dan 32,34 mereka ini menikmati 25% kenaikan. Jadi saudara saya yang mula bertugas pada tahun 1990, kini gajinya lebih tinggi daripada gaji saya yang telah mula mengajar pada tahun 1982. Oleh kerana melanjutkan pelajar, pada tahun 1997-1999 kami tidak sempat menikmati keistimewaan itu. Malahan ada dia antara kami telah melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Pendidikan..Namun gaji kami juga masih rendah jika dibandingkan dengan gaji guru yang berkelulusan SPM/STPM dengan hanya sijil guru...Apa dah jadi dalam sistem pendidikan kita. Saya percaya Mentreri Pelajaran tidak menyedari perkara ini.....mengapa...guru-guru yang DG 29, DG 32, DG 34 dan DG38 gaji mereka lebih tinggi daripada Dg 41 mahupun DG 44.


Memang kita tidak memperlihatkan isu gaji sebagai perkara asas dalam mendidik anak bangsa...namun keadilan sejagat perlu dilakukan...Tidak mungkin dalam perkhidmatan lain: Contohnya...Polis berpangkat Kopral lebih tinggi hakiki gaginya daripada Sergen, dan sergen dengan Inspektor, dan ASP dan seterusnya???


Marilah melihat delima yang ditanggung oleh guru-guru...lama ini.

Amin

No comments: